Pengumuman

PEMAKLUMAN
 

Pejabat Daerah dan Tanah Bera akan mengedarkan semula Borang Rancangan Tanah Berkelompok Kampung Puchong, Batu Bor, Mukim Bera
Daerah Bera yang tertunda pada 25 & 26 Januari 2017 akibat banjir seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 15 hingga 16 Februari 2017

Tempat : Pejabat Daerah dan Tanah Bera

 

Sekian, terima kasih.

 

DARI PENTADBIR TANAH BERA

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
Home

PENDEDAHAN ASAS MENYELAMATKAN DIRI SERTA MANGSA DALAM KURSUS ASAS KEBAKARAN

BERA - Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bera serta JKR Daerah Bera gempar dengan bunyi letupan dan kepulan asap di sekitar kawasan bangunan jabatan masing-masing. Dalam keadaan cemas dan huru-hara, mereka keluar menyelamatkan diri dan seterusnya berkumpul di tempat berkumpul. Sejurus anggota penyelamat tiba kelihatan dua orang mangsa diusung oleh anggota bomba . Seterusnya mangsa berkenaan dihantar ke klinik yang berhampiran dengan menaiki Ambulans APM Daerah Bera. Anggota bomba dengan pantas menggunakan alat pemadam api dan hos bagi memadamkan kebakaran.

Kejadian ini sebenarnya adalah merupakan simulasi dan latihan dalam Kursus Asas Kebakaran anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Bera dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Bera.

Seterusnya Penolong Ketua Bomba dan Penyelamat Daerah Bera, PBK 1 Khairudin Othman memberikan ceramah berkaitan keselamatan kebakaran di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bera. Dalam slot ini kakitangan terbabit telah diberi taklimat berkaitan sistem pencegahan kebakaran, pelan pengungsian bangunan.

“Diharap taklimat ini dapat memberi pengetahuan berkaitan sistem pencegahan kebakaran serta cara mengendalikan keselamatan bangunan kepada peserta kursus ini,” katanya.

Read more: PENDEDAHAN ASAS MENYELAMATKAN DIRI SERTA MANGSA DALAM KURSUS ASAS KEBAKARAN

Awan Tag

Ikuti Kami

 

fb youtube w3c 
blog mobile

 

QR-Code

Tarikh Kemaskini

  • :: Tuesday 14 February 2017::

Alamat Kami

Pejabat Daerah dan Tanah Bera
28200 Bandar Bera
Pahang Darul Makmur.
Tel   : 09-2553109
Fax  : 09-2553444
emel  : pdbera@pahang[dot]gov[dot]my

Pautan Agensi

1malaysiapcbintegritijpa
pmomampumalaysiapemudah
spasprmygovMobilemsc1

 

Bilangan Pelawat

889069
Hari IniHari Ini1457
SemalamSemalam1439
Minggu IniMinggu Ini5865
Bulan IniBulan Ini31773
KeseluruhanKeseluruhan889069
Go to top