Pengumuman

Tiada Pengumuman Untuk Ketika ini.

Sekian Terima Kasih

 

 

 

 

 

 

HomeBeritaBerita Semasa'Awas, jangan sesekali cuba!'

'Awas, jangan sesekali cuba!'

SINAR HARIAN

10 Disember 2015

Zainal (tengah) melawat gerai-gerai pameran dan pemeriksaan kesihatan selepas merasmikan Sambutan Hari Aids Sedunia 2015 Peringkat Negeri Pahang di Felda Keratong 3, semalam

BANDAR TUN RAZAK – 'Awas, jangan sesekali cuba!' Begitulah kata-kata yang sesuai sebagai saranan kepada masyarakat tidak mengira peringkat umur yang mahu mencuba untuk menghisap vape atau menjadikan ia sebagai ganti kepada rokok.

Faktor bahaya vape itu bukan sahaja terdedah kepada pengguna normal iaitu yang tidak mempunyai masalah kesihatan, sebaliknya ia lebih membahayakan terutama kepada mereka yang menghidap penyakit asma.

Peringatan kepada pesakit asma yang sedang mengguna atau baru mula mencuba vape itu ditegaskan Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar kerana menurutnya ia boleh memburukkan lagi tahap kesihatan penghidap penyakit asma.

“Vape memang suatu benda yang bahaya walaupun bagi orang biasa dan sudah tentu bagi penghidap penyakit asma, ia lebih berbahaya kerana penyakit tersebut melibatkan masalah pernafasan.

“Umum perlu mengetahui bahawa terdapat pelbagai bahan dalam cecair vape itu seperti kimia, nikotin dan perasa. Penyakit asma mempunyai alahan dan ia boleh memburukkan lagi keadaan pesakit itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Aids Sedunia 2015 Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Dewan Semai Bakti Felda Keratong 3, di sini, semalam.

Bagaimana pun menurutnya, setakat ini masih tiada kes melibatkan pesakit asma dengan vape, bagaimanapun tidak bermakna ia selamat digunakan kerana vape juga belum ada sebarang kajian yang membuktikan ia selamat digunakan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati perokok tegar yang mahu berhenti merokok dengan menggunakan vape sebagai ganti supaya menjauhi perbuatan tersebut kerana banyak lagi medium lain yang boleh diguna pakai.

“Kepada yang mahu berhenti merokok masih ada saluran lain yang boleh digunakan selain menggunakan vape. Kepada yang memilih untuk berubah itu boleh merujuk cara-cara untuk berhenti merokok dengan mendapatkan nasihat pakar di pejabat kesihatan terdekat,” katanya.

Tarikh Kemaskini

  • :: Friday 06 October 2017::

Alamat Kami

Pejabat Daerah dan Tanah Bera
28200 Bandar Bera
Pahang Darul Makmur.
Tel   : 09-2553109
Fax  : 09-2553444
emel  : pdbera@pahang[dot]gov[dot]my

Bilangan Pelawat

1035791
Hari IniHari Ini114
SemalamSemalam347
Minggu IniMinggu Ini1481
Bulan IniBulan Ini4652
KeseluruhanKeseluruhan1035791
Go to top