Pengumuman

Tiada Pengumuman Untuk Ketika ini.

Sekian Terima Kasih

 

 

 

 

 

 

HomeBeritaBerita SemasaJagung hasilkan pulangan lumayan

Jagung hasilkan pulangan lumayan

SINAR HARIAN

16 Disember 2015

Kakitangan Pejabat Pertanian Temerloh diketuai Pegawainya Muhamad Khalil Idris (empat, kiri) Penghulu Mukim Mentakab II Khaidir Azly (dua, kanan) Ketua Puteri Umno Temerloh Suhaya Elly Rosli (enam, kiri) pada program Jom Makan Jagung siri ke-5 di Kampung Chatin

MENTAKAB – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Chatin sedia berkongsi pengalaman tanaman jagung kepada mana-mana organisasi atau individu yang meminati tanaman jenis kontan yang memberi pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

Pengerusinya Abd Rashid Hassan berkata, kejayaan JKKK Chatin mengeluarkan hasil jagung sejak lima musim lalu sedia dikongsi kepada mana-mana pihak yang ingin menceburi bidang pertanian.

Menurutnya, tanaman jagung yang menjadi projek pertanian utama di kampung itu dan diusahakan sejak dua tahun lalu mampu memberi pendapatan sehingga RM5,000 bagi setiap musim dalam keluasan hanya 0.2 hektar.

“Pada mulanya hanya sedikit ruang digunakan untuk kami menanam jagung, tetapi selepas kejayaan kali pertama jumlah tanaman ditambah kepada tiga petak sekali gus mampu beri pendapatan berterusan.

“Buat masa sekarang JKKK bersama dua pengusaha bekerjasama dengan Pejabat Pertanian Temerloh dalam menjayakan projek tanaman jagung ini.

“Pendapatan bagi jualan borong biasanya sekitar RM5,000 setiap musim dengan pemborong datang sendiri ke kebun kami yang terletak di tepi jalan utama Temerloh ke Mentakab,” katanya ditemui semasa program Jom Makan Jagung siri ke-5, di sini.

Sementara itu, Penghulu Mukim Mentakab II Khaidir Azly Daharuddin berkata, projek diusahakan di bawah Biro Pertanian JKKK Kampung Chatin itu berjaya kerana usaha berterusan pengusahanya dan juga bantuan serta khidmat nasihat daripada Pejabat Pertanian Temerloh.

Beliau berkata, sokongan daripada pejabat pertanian dan pegawai serta kakitangannya yang tidak jemu-jemu melayan kerenah pengusaha berjaya menaikkan nama JKKK Chatin sehingga terkenal sebagai pengusaha tanaman jagung berjaya.

Malah katanya, beberapa pihak telah mula datang belajar untuk menanam jagung antaranya yang jauh dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari Rawang, Selangor.

“JKKK dan semua pihak terlibat dalam tanaman jagung ini sedia kongsi pengalaman kepada sesiapa sahaja demi memantapkan industri pertanian negara.

“Tanaman jagung mampu memberi pulangan singkat kerana boleh dituai dalam tempoh hanya 75 hari selepas ditanam,” katanya.

Tarikh Kemaskini

  • :: Thursday 08 June 2017::

Alamat Kami

Pejabat Daerah dan Tanah Bera
28200 Bandar Bera
Pahang Darul Makmur.
Tel   : 09-2553109
Fax  : 09-2553444
emel  : pdbera@pahang[dot]gov[dot]my

Bilangan Pelawat

1019358
Hari IniHari Ini119
SemalamSemalam369
Minggu IniMinggu Ini1631
Bulan IniBulan Ini7091
KeseluruhanKeseluruhan1019358
Go to top