Pengumuman

Tiada Pengumuman Untuk Ketika ini.

Sekian Terima Kasih

 

 

 

 

 

 

HomeBeritaBerita SemasaDoktor nekad berhenti kerja

Doktor nekad berhenti kerja

SINAR HARIAN

17 Disember 2015

Muhammad Farhan di hadapan kedainya Dr. Fone di Jalan Maran yang menawarkan telefon bimbit dan aksesori pada harga berpatutan

TEMERLOH –  Keputusan nekad seorang doktor pelatih Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini yang berhenti kerja demi mengejar cita-cita menjadi seorang peniaga telefon bimbit kini menjadi viral di laman sosial.

Dr Muhammad Farhan Mohd Nor, 27, graduan Fakulti Perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berkhidmat selama tiga tahun sebagai doktor pelatih mengambil keputusan itu kerana cita-citanya yang mahu menjadi peniaga selain berusaha membantu pelanggan kerana kebanyakan peniaga telefon bimbit di bandar Temerloh dikatakan terlalu ‘cekik darah’.

Menurutnya, kelebihan meminati gajet dan sedikit ilmu serta dibantu mentor dikenali ustaz di Kuala Lumpur yang menjual aksesori serta telefon bimbit dengan harga murah membuatkannya tekad menjadi peniaga.

“Lebih menguatkan azam saya bila lihat seorang peniaga jual aksesori dan telefon pintar tanpa sebarang pengetahuan, kenapa dia boleh berniaga sedangkan saya yang ada pengetahuan mengenai telefon bimbit tak boleh buat,” katanya sewaktu ditemui di kedainya bertentangan dengan Taman Jaya 4, di sini semalam.

Menceritakan detik awalnya, Muhammad Farhan berkata, kerjaya sebagai doktor memang dipandang tinggi masyarakat tetapi tekanan kerja membuatkannya tekad mencari kerjaya lain.

Dia yang dibesarkan di Kajang, Selangor, berjinak-jinak dengan perniagaan apabila mula menjual aksesori telefon bimbit pada awal tahun ini secara sambilan dan kebiasaannya dilakukan selepas waktu kerja.

Namun, bukan mudah untuk menggapai impian apatah lagi ibu dan bapanya menentang keputusannya untuk berhenti kerja dan melibatkan diri secara serius dalam perniagaan itu.

“Saya anak sulung daripada empat beradik, dalam kalangan adik-beradik saya yang agak cemerlang dalam akademik dan dah tentu jadi harapan.

“Bila ibu tahu saya nak berhenti kerja memang dia tak bagi dan nasihatkan saya cari kerjaya lain tetapi akhirnya selepas tengok kesungguhan saya dia bersetuju. Ibu juga sanggup tolong keluarkan modal untuk saya kembangkan perniagaan,” katanya.

Menurut Muhammad Farhan, dia pernah dihalau penguatkuasa Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) kerana berniaga tanpa permit di kaki lima sebuah bank di Temerloh malah hilang kawan dalam kalangan doktor selepas melihatnya berniaga di kaki lima.

“Memang rasa malu apabila kena halau tetapi saya tebalkan muka dan tak salahkan penguatkuasa sebab itu tugas mereka.

“Situasi saya berubah apabila melibatkan diri dengan jualan bonet kereta di Lurah Semantan dan mula menarik pelanggan dengan jualan harga berpatutan.

“Ada aksesori telefon berharga RM90 dijual di sebuah kedai telekomunikasi terkemuka di bandar ini berbanding di kedai saya hanya RM17,” katanya.

Kini, dengan modal RM20,000 hasil simpanan dan bantuan ibu bapanya dia mampu menyewa sebuah kedai di Jalan Maran dengan nama kedai Dr. Fone.

Tarikh Kemaskini

  • :: Friday 06 October 2017::

Alamat Kami

Pejabat Daerah dan Tanah Bera
28200 Bandar Bera
Pahang Darul Makmur.
Tel   : 09-2553109
Fax  : 09-2553444
emel  : pdbera@pahang[dot]gov[dot]my

Bilangan Pelawat

1035791
Hari IniHari Ini114
SemalamSemalam347
Minggu IniMinggu Ini1481
Bulan IniBulan Ini4652
KeseluruhanKeseluruhan1035791
Go to top