Pengumuman

Tiada Pengumuman Untuk Ketika ini.

Sekian Terima Kasih

 

 

 

 

 

 

HomeBeritaBerita SemasaGesa baik pulih longkang runtuh

Gesa baik pulih longkang runtuh

SINAR HARIAN

17 Disember 2015

Ismail (kiri) dan Mohd Hafiz menunjukkan longkang yang runtuh akibat banjir tahun lalu yang perlu dibaiki segera

TRIANG - Penduduk di Taman Merbau Indah menggesa pihak berkuasa tempatan membaik pulih longkang yang runtuh akibat banjir tahun lepas.

Pengerusi taman, Ismail Awang Ngah berkata, pihaknya sudah memaklumkan masalah itu kepada kepada Majlis Daerah Bera (MDB) namun sehingga kini masih belum ada tindakan.

Menurutnya, longkang yang runtuh sepanjang 9 meter itu perlu dibaiki segera bagi mengelak air kumbahan tersekat atau melimpah keluar jika hujan lebat berpanjangan.

“Kita bimbang kalau hujan lebat, air mengalir deras dan akan menyebabkan longkang runtuh lebih teruk.

“Bukan sahaja longkang, tapi pagar juga kebanyakannya dah rosak dan runtuh. Memang bahaya kalau ada kanak-kanak terjatuh jika bermain dekat sana,” katanya.

Katanya, ada wakil MDB melawat kawasan selepas aduan dilakukan, tetapi tiada perkembangan hasil lawatan itu.

Sementara itu, bendahari taman, Mohd Hafiz Mohd Nor berkata, baru-baru ini, terdapat kes suspek demam denggi berdarah dan dikhuatiri kawasan itu akan terus menjadi lokasi pembiakan aedes.

“Kami bimbang dengan masalah ini. Aduan dibuat bukan untuk kepentingan individu, tetapi demi kesejahteraan penduduk di sini.

“Nyamuk terlampau banyak. Siang pun banyak. Kami risau dengan kesihatan kami kalau masalah denggi ini tidak diatasi segera,” katanya.

Mohd Hafiz berkata, selain itu, taman permainan kanak-kanak di sini juga tidak diselenggara dengan baik.

Bagi mengatasi perkara itu, dia memohon jasa baik MDB untuk melakukan penyelenggaraan sebaik mungkin.

Menurutnya, bagaimanapun, penduduk berterima kasih kepada MDB kerana telah membina bonggol jalan bagi mengelak kenderaan dipandu laju di setiap lorong kawasan perumahan itu.

Tarikh Kemaskini

  • :: Friday 06 October 2017::

Alamat Kami

Pejabat Daerah dan Tanah Bera
28200 Bandar Bera
Pahang Darul Makmur.
Tel   : 09-2553109
Fax  : 09-2553444
emel  : pdbera@pahang[dot]gov[dot]my

Bilangan Pelawat

1035791
Hari IniHari Ini114
SemalamSemalam347
Minggu IniMinggu Ini1481
Bulan IniBulan Ini4652
KeseluruhanKeseluruhan1035791
Go to top