Pengumuman

Tiada Pengumuman Untuk Ketika ini.

Sekian Terima Kasih

 

 

 

 

 

 

HomeBeritaBerita SemasaBeli persiapan sekolah lebih murah

Beli persiapan sekolah lebih murah

SINAR HARIAN

19 Disember 2015

Mohd Rashad memantau tanda harga pada pakaian sekolah yang dijual di pasar raya diiringi Michelle

TRIANG - Pengguna khususnya ibu bapa di daerah ini disaran merebut peluang Kempen Jualan Kembali Ke Sekolah yang ditawarkan bermula 21 November lalu hingga 10 Januari tahun depan.

Ketua Cawangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Bera, Mohd Rashad Muhammad Zain berkata, menerusi kempen itu harga barangan seperti baju dan kasut sekolah, beg serta alat tulis ditawarkan harga diskaun dari 10 hingga 30 peratus.

Menurutnya, kempen ini bertujuan memberi peluang kepada pengguna melakukan persiapan bagi anak-anak mereka yang bakal memasuki sesi persekolahan tahun 2016 dengan mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih murah.

“KPDNKK menganjurkan kempen ini setiap tahun dengan kerjasama premis perniagaan di setiap daerah.

“Memahami bebanan dan perbelanjaan besar yang perlu ditanggung pengguna, kerajaan mengambil inisiatif ini untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Jualan Kembali ke Sekolah di Pasaraya TF Value Mart di sini, semalam.

Mohd Rashad berkata, selain barangan persekolahan, kempen ini diperluaskan kepada bahan bacaan dan aktiviti bagi mengisi masa terluang anak-anak sempena cuti sekolah ini.

Katanya, secara tidak langsung, kempen tersebut juga dapat membantu meningkatkan lagi kegiatan ekonomi domestik di negara ini.

“Setakat 15 Disember lalu, lebih 20 syarikat dari seluruh Pahang termasuk empat di Bera menyertai kempen ini.

“Bagaimanapun, bagi pengusaha yang mahu melaksanakan kempen jualan murah di premis masing-masing, mereka perlu memohon notis daripada PDNKK terlebih dahulu.

“Kita akan lakukan pemantauan dan sekiranya ada yang tidak patuh syarat, mereka boleh dikompaun maksimum RM50,000 mengikut Akta Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah),” katanya.

Tarikh Kemaskini

  • :: Friday 06 October 2017::

Alamat Kami

Pejabat Daerah dan Tanah Bera
28200 Bandar Bera
Pahang Darul Makmur.
Tel   : 09-2553109
Fax  : 09-2553444
emel  : pdbera@pahang[dot]gov[dot]my

Bilangan Pelawat

1035791
Hari IniHari Ini114
SemalamSemalam347
Minggu IniMinggu Ini1481
Bulan IniBulan Ini4652
KeseluruhanKeseluruhan1035791
Go to top