Pengumuman

Tiada Pengumuman Untuk Ketika ini.

Sekian Terima Kasih

 

 

 

 

 

 

HomeBeritaKeratan AkhbarSample Data-ArticlesPelajar dakwa jadi mangsa sindiket

Pelajar dakwa jadi mangsa sindiket

TRIANG - Sekumpulan pelajar dan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Triang mendakwa identiti mereka disalahgunakan untuk membuka akaun pasca bayar dengan tiga syarikat telekomunikasi berbeza pada penghujung tahun lalu.

Wakil mangsa, Goh You Peng, 52, berkata, perkara itu disedari mangsa yang berusia antara 16 hingga 18 tahun itu selepas menerima bil telefon berjumlah ratusan ringgit yang diposkan ke rumah mereka.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya setakat ini, sebanyak 325 akaun pasca bayar dibuka menggunakan identiti kesemua pelajar terbabit dan sebahagian daripadanya telah ditamatkan syarikat telekomunikasi berkenaan susulan aduan ibu bapa mereka.

“Dua syarikat telekomunikasi terbabit sudah menamatkan akaun pasca bayar setelah menyedari terdapat sesuatu yang tak kena manakala perkhidmatan ejen yang mendaftarkan akaun tersebut turut ditamatkan serta-merta,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Dewan MCA cawangan Triang, di sini.

Beliau berkata, bagaimanapun, masih terdapat sebanyak 205 akaun pasca bayar dengan sebuah syarikat telekomunikasi belum ditamatkan meskipun aduan dan laporan polis telah dibuat.

Katanya, satu perbincangan akan diadakan dengan syarikat berkenaan selain memfailkan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

You Peng yang juga ahli jawatankuasa (AJK) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu berkata, pihaknya masih belum dapat mengenal pasti jumlah sebenar mangsa terlibat dan satu perjumpaan akan diadakan bagi mengumpulkan ahli keluarga mangsa.

“Saya percaya jumlah mangsa adalah sekitar 100 orang, kejadian ini turut berlaku kepada anak saya sendiri apabila lima akaun didaftarkan di bawah namanya.

“Saya tak pasti bagaimana pihak terbabit memperoleh maklumat anak saya sedangkan dia tidak pernah kehilangan kad pengenalan.

“Malah, segala urusan yang perlu guna kad pengenalan seperti daftar akaun bank anak saya dan sebagainya, dilakukan oleh saya sendiri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Wilson Lau berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada SKMM dan syarikat telekomunikasi terlibat berhubung isu itu.

“Isu ini amat penting kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kali ini mangsanya ialah pelajar sekolah yang kebanyakannya masih di bawah umur.

“Kami akan pantau kes ini secara rapat selain memberikan nasihat mahupun khidmat guaman kepada mangsa sekiranya diperlukan,” katanya.

Tarikh Kemaskini

  • :: Thursday 08 June 2017::

Alamat Kami

Pejabat Daerah dan Tanah Bera
28200 Bandar Bera
Pahang Darul Makmur.
Tel   : 09-2553109
Fax  : 09-2553444
emel  : pdbera@pahang[dot]gov[dot]my

Bilangan Pelawat

1019042
Hari IniHari Ini172
SemalamSemalam350
Minggu IniMinggu Ini1315
Bulan IniBulan Ini6775
KeseluruhanKeseluruhan1019042
Go to top