Pengumuman

PEMAKLUMAN
 

PENGUMUMAN SESI TEMUDUGA BAGI PEMILIH PESERTA
RANCANGAN TANAH KELOMPOK (RTK) BUKIT JIN
DAERAH BERA

Klik pautan untuk melihat senarai nama calon.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
HomeProfil JabatanPerkhidmatanMyID

MyID

MYKAD adalah dokumen pengenalan diri bagi seseorang warganegara Malaysia. Nombor MyKad adalah nombor pengenalan diri yang unik bagi seseorang warganegara dan menjadi maklumat penting yang akan diperoleh dan disimpan oleh agensi kerajaan apabila seseorang warganegara sebagai individu berurusan dengan agensi kerajaan.

Namun begitu, pada masa kini masih ada perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan berkaitan dengan individu menggunakan nombor rujukan lain selain nombor MyKad. Contohnya apabila berurusan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), individu mesti memberikan nombor rujukan masing-masing.

Sebagai usaha untuk terus mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dan selaras konsep '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, memperkenalkan satu inisiatif yang dikenali MyID.

MyID adalah satu inisiatif yang menggunakan nombor MyKad sebagai rujukan tunggal untuk warganegara Malaysia yang berurusan sebagai individu dengan agensi-agensi kerajaan.

Senarai perkhidmatan MyID  di Pejabat Daerah dan Tanah Bera ialah seperti berikut :

  1. Semakan Status Permohonan Rumah Kos Rendah Awam, Sederhana dan Swasta
  2. Semakan Status Pembayaran Rumah Kos Rendah Awam, Sederhana dan Swasta
  3. Semakan Status Tunggakan Bayaran Rumah Kos Rendah Awam, Sederhana dan Swasta
  4. Semakan Hakmilik Tanah Individu di Seluruh Negeri Pahang
  5. Semakan Status Tunggakan Cukai Tanah dari Tahun Mula Tertunggak Sehingga Tahun Semasa
  6. Semakan Jumlah Bayaran Denda Lewat Bayaran Cukai Tanah
  7. Permohonan Cetakan Bil Cukai Tanah
  8. Semakan Pengesahan Penjelasan Bayaran Cukai Tanah
  9. Semakan Status Permohonan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
  10. Permohonan Pembaharuan Lesen Eksais
  11. Permohonan Pembaharuan Lesen Penulis Petisyen

Untuk maklumat lanjut, senarai perkhidmatan MyID juga boleh dicapai di laman ini : MyID PDT Bera 

Statistik Perkhidmatan MyID PDT Bera

2011
2012
2013
2014
2015

Tarikh Kemaskini

  • :: Tuesday 04 April 2017::

Alamat Kami

Pejabat Daerah dan Tanah Bera
28200 Bandar Bera
Pahang Darul Makmur.
Tel   : 09-2553109
Fax  : 09-2553444
emel  : pdbera@pahang[dot]gov[dot]my

Bilangan Pelawat

981362
Hari IniHari Ini125
SemalamSemalam186
Minggu IniMinggu Ini125
Bulan IniBulan Ini7773
KeseluruhanKeseluruhan981362
Go to top