Pengumuman

PEMAKLUMAN
 

PENGUMUMAN SESI TEMUDUGA BAGI PEMILIH PESERTA
RANCANGAN TANAH KELOMPOK (RTK) BUKIT JIN
DAERAH BERA

Klik pautan untuk melihat senarai nama calon.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
HomeProfil JabatanBahagianKhidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan berperanan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada warga Pejabat Daerah dan Tanah Bera melalui pengurusan berkualiti yang lebih efektif, efisyen dan mesra pelanggan.

Bahagian Khidmat Pengurusan terbahagi kepada empat (4) unit utama iaitu :-

1. Unit Pentadbiran dan Kewangan
    i. Pengurusan Data (HRMIS)
2. Unit Majlis dan Keraian
3. Unit Teknologi Maklumat
4. Unit Keselamatan

Perkhidmatan yang diberikan oleh empat (4) unit tersebut ialah :

1. Unit Pentadbiran dan Kewangan

  1. Menguruskan hal-hal berkaitan jawatan, pengesahan jawatan/pelanjutan tempoh percubaan, penangguhan/pemangkuan kerja, pertukaran, kenaikan pangkat, kemasukan ke dalam jawatan berpencen, persaraan, perletakan jawatan, kematian semasa perkhidmatan dan tindakan tatatertib.
  2. Mengurus hal-hal berkaitan penyediaan dan pembayaran gaji dan elaun, pesanan barang-barang kelengkapan pejabat, pembayaran dan pesanan tempatan, penyelenggaraan kontrak dan pembekalan serta penyediaan peruntukan tahunan.
  3. Mengurus hal-hal mengenai permohonan lesen perahu, barang-barang kawalan, lesen hiburan awam, panggung wayang, lesen penulis surat rayuan, lesen getah dan lesen arak.
  4. Menyelenggara dan menyediakan penyata-penyata/rekod/mengenai kutipan hasil/cukai dan tunggakan.
  5. Mengurus hal-hal mengenai kutipan hasil/cukai-cukai, perumahan dan pelbagai.

i. Pengurusan Data (HRMIS)

    1. Menguruskan data-data pegawai dan kakitangan di dalam sistem HRMIS.

 2. Unit Majlis dan Keraian

  1. Menyelaras, mengatur dan melaksanakan program-program berbentuk sambutan, keraian dan majlis rasmi kerajaan Negeri dan Persekutuan di peringkat daerah, mukim dan kampung.

 3. Unit Teknologi Maklumat

  1. Memberikan khidmat sokongan teknikal dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada Penjawat Awam dan Komuniti ke arah merealisasikan Program Kerajaan Elektronik di peringkat daerah.
  2. Menyelaras dan mengawasi penggunaan sistem aplikasi, peralatan, server dan lain-lain yang berkaitan.
  3. Membangun dan mengemaskini Laman Web Rasmi jabatan.
  4. Menyediakan latihan untuk semua pegawai dan kakitangan.

4. Unit Keselamatan

  1. Bertindak sebagai Urusetia Keselamatan Daerah, pengurusan bencana, gejala sosial, pendatang tanpa izin, penyakit berjangkit dan pemulihan gejala dadah di daerah.

Tarikh Kemaskini

  • :: Tuesday 04 April 2017::

Alamat Kami

Pejabat Daerah dan Tanah Bera
28200 Bandar Bera
Pahang Darul Makmur.
Tel   : 09-2553109
Fax  : 09-2553444
emel  : pdbera@pahang[dot]gov[dot]my

Bilangan Pelawat

981364
Hari IniHari Ini127
SemalamSemalam186
Minggu IniMinggu Ini127
Bulan IniBulan Ini7775
KeseluruhanKeseluruhan981364
Go to top