Pengumuman

Tiada Pengumuman Untuk Ketika ini.

Sekian Terima Kasih

 

 

 

 

 

 

HomeProfil JabatanBahagianPengurusan Tanah

Bahagian Pengurusan Tanah

Bahagian Pengurusan Tanah berperanan merancang dan mengurus pembangunan-pembangunan tanah di Daerah Bera selaras dengan matlamat kerajaan berasaskan Peruntukan Kanun Tanah Negara 1965 dan pekeliling-pekeliling berkaitan.

Bahagian Pengurusan Tanah terbahagi kepada lima (5) unit utama iaitu :

  1. Unit Pembangunan Tanah
  2. Unit Teknikal dan Penguatkuasaan
  3. Unit Pelupusan
  4. Unit Pendaftaran
  5. Unit Hasil

 

Perkhidmatan yang diberikan oleh lima (5) unit tersebut ialah :

1. Pembangunan Tanah

Merancang pembangunan tanah kerajaan dengan memproses permohonan oleh agensi kerajaan dan swasta.

Senarai tugasan unit :

  1. Permohonan Tanah Kerajaan lebih 10 ekar oleh Agensi Kerajaan dan Swasta
  2. Permohonan Tukar Syarat (bawah Seksyen 124 KTN)
  3. Permohonan Tukar Syarat Serentak Pecah-Sempadan (bawah 124A KTN)
  4. Permohonan Pecah Sempadan (bawah Seksyen 135-139 KTN)
  5. Permohonan Pecah Bahagian (bawah Seksyen 140-145 KTN)
  6. Permohonan Penyatuan Tanah (bawah Seksyen 146-150 KTN)
  7. Permohonan Serah Balik dan Berimilik Semula (bawah Seksyen 204D KTN)
  8. Permohonan Serah Balik Keseluruhan Tanah (bawah Seksyen 197 KTN)
  9. Permohonan Serah Balik Sebahagian Tanah (bawah Seksyen 200 KTN)
  10. Permohonan Hak Lalulalang Pentadbir Tanah (bawah Seksyen 388 KTN)
  11. Permohonan Hak Lalulalang Persendirian (bawah Seksyen 395 KTN)
  12. Permohonan Tanah Kelompok (GSA 1960 / APTN bil.2/1991)
  13. Permohonan Tanah Pembesaran Kampung (APTN bil. 6/2000)
  14. Permohonan Perizaban (bawah Seksyen 62 KTN)
  15. Permohonan Pengambilan Balik Tanah (APT 1960)
  16. Laporan Teknikal Carigali/Lombong (Enakmen Mineral no.7/2001)
  17. Laporan Teknikal Pembalakan
  18. Laporan Teknikal bagi Ulasan Mesyuarat OSC

 

2. Unit Teknikal dan Penguatkuasaan

Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan tanah dibawah Kanun Tanah Negara dan peraturan tanah negeri serta menyediakan laporan siasatan teknikal tanah. 

Senarai tugasan unit :

Seksyen Kuatkuasa dan Teknikal

Permohonan Permit Memproses dan Mengangkut bahan batuan (4B/4C).

  1. Permohonan Lesen Pendudukan Sementara bercantum Permit.
  2. Permohonan Permit Hak Mengeluarkan Hasil (tapping right).
  3. Penguatkuasaan undang-undang tanah dan tangkapan dibawah Kanun Tanah Negara dan Arahan Pentadbiran Tanah Negeri.
  4. Penyediaan laporan siasatan teknikal tanah.

 

Seksyen Permohonan Ukur (P.U)

 Penyediaan Pelan Hakmilik B1.

  1. Penyediaan Pelan Hakmilik B2.
  2. Penyediaan Permohonan Ukur / P.U Kecil.
  3. Penentuan Sempadan.
  4. Siasatan Tapak/ Pembetulan Pelan.

Seksyen Pelan 

  1. Penandaan Pelan.
  2. Penjualan Pelan Permohonan Tanah.
  3. Penyelenggaraan Pelan.

 

3. Unit Pelupusan

Merancang pelupusan tanah kerajaan secara pemberimilikan atau Lesen Pendudukan Sementara.

Senarai tugasan unit :

  Permohonan pemberimilikan tanah individu dibawah 4 hektar.

  1. Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) dan pembaharuan Lesen Pendudukan Sementara.
  2. Urusetia Mesyuarat Pra-Jawatakuasa Penyelesaian Tanah Daerah dan Mesyuarat Jawatakuasa Penyelesaian Tanah Daerah ( JKPTD)

 

4. Unit Pendaftaran

Menjalankan urusan berkaitan pendaftaran hakmilik tanah.

 Senarai tugasan unit :

 Pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga.

  1. Pendaftaran hakmilik baru, pecah sempadan, cantuman, pecah bahagian, serahbalik berimilik semula dan tukar syarat.
  2. Permohonan perintah jual dan lelongan awam.
  3. Permohonan kebenaran pindahmilik dan gadaian.
  4. Permohonan pusaka kecil.
  5. Permohonan untuk sijil carian rasmi dan carian persendirian.

 

5. Unit Hasil

Menerima kutipan semua jenis hasil tanah.

Senarai tugasan unit :

 Penerimaan bayaran semua jenis hasil tanah.

  1. Pengeluaran bil-bil tuntutan cukai tanah kepada semua pemilik tanah.
  2. Pembukaan kaunter kutipan luar secara berkala.
  3. Bertanggungjawab mengemaskini semua buku rekod dan akaun pungutan hasil tanah.

 

Tarikh Kemaskini

  • :: Thursday 08 June 2017::

Alamat Kami

Pejabat Daerah dan Tanah Bera
28200 Bandar Bera
Pahang Darul Makmur.
Tel   : 09-2553109
Fax  : 09-2553444
emel  : pdbera@pahang[dot]gov[dot]my

Bilangan Pelawat

1019360
Hari IniHari Ini121
SemalamSemalam369
Minggu IniMinggu Ini1633
Bulan IniBulan Ini7093
KeseluruhanKeseluruhan1019360
Go to top