Pengumuman

PEMAKLUMAN
 

PENGUMUMAN SESI TEMUDUGA BAGI PEMILIH PESERTA
RANCANGAN TANAH KELOMPOK (RTK) BUKIT JIN
DAERAH BERA

Klik pautan untuk melihat senarai nama calon.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
HomeInfo DaerahLatarbelakangSejarah Daerah

Sejarah Daerah

           Daerah Bera pada mulanya merupakan sebahagian daripada Daerah Temerloh. Bera diisytiharkan menjadi daerah kesebelas di Negeri Pahang secara rasmi pada 1 Januari  1992.  Nama Bera digunakan bersempena Tasik Bera yang juga merupakan tasik semulajadi terbesar di Malaysia. Pegawai Daerah pertama yang dilantik bagi menerajui daerah ini ialah Encik Che Moin bin Umar.

           Daerah Bera mencakupi kawasan seluas 221,444 hektar(2,214 kmpersegi). Daerah ini bersempadan dengan daerah Temerloh di sebelah utara, Maran dan Rompin di sebelah timur, Bentong di sebelah barat dan Jempol (Negeri Sembilan) serta Segamat (Johor) di sebelah selatan. Daerah Bera dibahagikan kepada 2 mukim iaitu Mukim Triang dan Mukim Bera. Kebanyakannya kawasan telah dibangunkan sebagai kawasan pertanian selain diwartakan sebagai hutan simpan.

          Jumlah penduduk Daerah Bera adalah seramai 93,800 orang (berdasarkan bancian pada tahun 2007). Bandar Bera telah dijadikan pusat pentadbiran daerah manakala Bandar Triang berperanan sebagai pusat komersil. Terdapat 20 buah kampung tradisional di dalam daerah ini dan 8 buah kampung baru. Selain itu, 14 buah penempatan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dengan bilangan peneroka seramai 5,384 orang. Dikawasan sekitar Tasik Bera pula terdapat 7 buah perkampungan orang asli dari suku Semelai yang hanya terdapat di dalam daerah ini sahaja.

           Sumber ekonomi utama Daerah Bera ialah pertanian terutamanya perladangan kelapa sawit. Terdapat hampir 40 buah ladang kelapa sawit di daerah ini termasuk milik Felda Plantations, FELCRA dan estet swasta. Selain itu Tasik Bera yang telah diwartakan sebagai Tapak Konservasi RAMSAR turut menjadi lokasi tumpuan pelancong dan pusat kajian saintifik. Dari segi politik pula, Daerah Bera mempunyai seorang wakil ke Parlimen yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri Kabinet. Bagi ahli Dewan Undangan Negeri, Daerah Bera dibahagikan kepada 3 kawasan iaitu DUN Guai, DUN Triang dan DUN Kemayan.

Tarikh Kemaskini

  • :: Tuesday 04 April 2017::

Alamat Kami

Pejabat Daerah dan Tanah Bera
28200 Bandar Bera
Pahang Darul Makmur.
Tel   : 09-2553109
Fax  : 09-2553444
emel  : pdbera@pahang[dot]gov[dot]my

Bilangan Pelawat

981364
Hari IniHari Ini127
SemalamSemalam186
Minggu IniMinggu Ini127
Bulan IniBulan Ini7775
KeseluruhanKeseluruhan981364
Go to top