Pengumuman

Tiada Pengumuman Untuk Ketika ini.

Sekian Terima Kasih

 

 

 

 

 

 

HomeInfo DaerahPelanconganHutan Lipur Bukit Bertangga

Hutan Lipur Bukit Bertangga

Hutan Lipur Bukit Bertangga terletak di Hutan Simpan Chini yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Tarikan kawasan ini mempunyai pelbagai bentuk rupabumi; tanah rata, cerun, bukit, batu-batu besar, batu-batu berlapis, air terjun serta sungai yang mengalir dicelah-celah batu. Di samping keindahan semula jadi ini, terdapat juga beranika tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada Hutan Dipterokarp Pamah, pokok-pokok renek, pepanjat, palma, paku, lumut, pandan air dan lain-lain.


Terdapat dua kawasan air terjun yang mempunyai ketinggian 30 meter dan 20 meter. Kemudahan yang disediakan adalah seperti jalan masuk, pondok rehat, tong sampah, jambatan kayu dan tapak perkhemahan. Beberapa aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah dan berkhemah. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri teksi dari Pekan Maran.
Lokasi: Felda, Kumai, Pahang

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera,
28000 Temerloh, Pahang.
Tel. : 09-2962755

Terletak 36 km dari Felda Kumai, 190 km dari Bandar Kuantan.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Maran atau Bandar Kuantan

 

                    

           

Tarikh Kemaskini

  • :: Thursday 08 June 2017::

Alamat Kami

Pejabat Daerah dan Tanah Bera
28200 Bandar Bera
Pahang Darul Makmur.
Tel   : 09-2553109
Fax  : 09-2553444
emel  : pdbera@pahang[dot]gov[dot]my

Bilangan Pelawat

998466
Hari IniHari Ini444
SemalamSemalam536
Minggu IniMinggu Ini2109
Bulan IniBulan Ini7907
KeseluruhanKeseluruhan998466
Go to top