Pengumuman

Tiada Pengumuman Untuk Ketika ini.

Sekian Terima Kasih

 

 

 

 

 

 

HomeSoalan Lazim

Soalan Lazim

Apa itu Cukai Tanah ?

Mengikut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965, Cukai Tanah adalah ditakrifkan seperti berikut : Apa-apa jumlah wang tahunan yang dikenakan ke atas tanah yang dimiliki dan perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Ia meliputi keseluruhan tanah dan semua benda yang ada pada tanah tersebut termasuklah bangunan, rumah, kawasan pertanian, sungai, lombong dan sebagainya.

Siapa yang perlu membayar Cukai Tanah ?
Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap pemilik tanah berdaftar atau wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah.

Mengapa perlu membayar Cukai Tanah ?
Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah atau wakil bagi pihaknya untuk membayar Cukai Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) setiap tahun tanpa perlu menunggu pemakluman melalui bil hasil. Pengeluaran bil hasil hanya merupakan satu inisiatif/usaha Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk memaklumkan kepada pemilik tanah supaya menjalankan tanggungjawab menjelaskan Cukai Tanah.

Pemilik yang tidak menerima Bil Cukai Tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) pada awal setiap tahun, boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Daerah dan Tanah yang berhampiran dengan membawa geran tanah atau resit tahun sebelum yang berkaitan untuk semakan di kaunter.

Bilakah sepatutnya membayar Cukai Tanah ?
Seksyen 94 Kanun Tanah Negara 1965 : Cukai Tanah hendaklah dibayar pada awal tahun kalendar mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. Sekiranya tidak dijelaskan pada 1 Jun, ianya akan menjadi tunggakan untuk tahun tersebut dan akan dikenakan denda lewat sebanyak 10% ke atas cukai semasa.

Bagaimana pembayaran boleh dibuat ?
Pembayaran boleh dibuat dengan beberapa kaedah :

1. Secara Tunai
2. Bank Draf/ Wang Pos/ Kiriman Wang/ Cek atas nama "PENTADBIR TANAH BERA"
3. Secara Online melalui CIMB Clicks
4. Secara Online melalui FPX di http://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php

Bank yang terlibat bagi pembayaran FPX :

1. CIMB Bank Berhad
2. Maybank Berhad
3. Bank Islam Berhad
4. Public Bank Berhad
5. Hong Leong Bank Berhad

Di mana pemabayaran boleh dibuat ?
Pembayaran boleh dibuat si semua Pejabat Daerah dan Tanah dalam Negeri Pahang.

Tarikh Kemaskini

  • :: Thursday 08 June 2017::

Alamat Kami

Pejabat Daerah dan Tanah Bera
28200 Bandar Bera
Pahang Darul Makmur.
Tel   : 09-2553109
Fax  : 09-2553444
emel  : pdbera@pahang[dot]gov[dot]my

Bilangan Pelawat

1019477
Hari IniHari Ini238
SemalamSemalam369
Minggu IniMinggu Ini1750
Bulan IniBulan Ini7210
KeseluruhanKeseluruhan1019477
Go to top