Perutusan Pegawai Daerah



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu. Salam sejahtera. 

Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Bera.

Sejajar dengan kepesatan kemajuan ICT dan dalam usaha untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, Pejabat Daerah Bera  telah membangunkan dan menambahbaik laman web untuk pihak pelanggan melalui kemudahan teknologi maklumat.

Saya juga berharap, segala maklumat yang disalurkan melalui laman web ini akan dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh semua pelanggan di Pejabat Daerah Bera. Saya percaya melalui paparan maklumat terkni dan berita-berita semasa berkaitan dengan perancangan dan pembangunan Daerah Bera ini, para pengunjung sekalian akan dapat mengetahui dan mengenali mengenai peranan, tanggungjawab dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Daerah Bera.

Saya mengalu-alukan pandangan membina daripada pengunjung laman web ini bagi memantapkan lagi pengurusan Pejabat Daerah Bera dan kemudahan yang disediakan.

Selamat melayari Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Bera dan diharap tuan/puan akan terus mengunjunginya lagi pada masa hadapan.


Tuan Mohd Khuzaidi Bin Harun
Pegawai Daerah Bera

Tarikh Kemaskini: 22/09/2020 10:21:43

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 1397 kali.


Kembali ke Atas