Berita

Aktiviti Penanaman Semula Anak Pokok Spesis Hutan Bagi Program Go Green With Saset Daerah Bera Sempena Hari Keputeraan Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang

editor

BERA, 12 Feb - Program Go Green with SASET anjuran Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET) melalui kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang telah diadakan di Hutan Simpan Tasek Bera (RAMSAR) berdekatan dengan Ladang FGV Tembangau 8, Bera pada 9 hingga 12 Februari 2019 merupakan program susulan bagi aktiviti penanaman semula pokok spesis hutan di lokasi yang telah diteroka secara haram. 

        Dianggarkan sebanyak  10,000 batang anak pokok telah ditanam oleh para peserta pada program berkenaan. Aktiviti penanaman yang merupakan inisiatif oleh pihak SASET dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang ini turut disertai oleh pelbagai Jabatan dan Agensi di Daerah Bera juga para pelajar IPTA dan IPTS serta masyarakat sekitar.

          Ketibaan Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang  telah disambut oleh para peserta dengan nyanyian lagu 'Selamat Hari Jadi' dan 'Happy Birthday to You Tengku' disamping persembahan hidangan istimewa iaitu 'Kek Hari Lahir' Sempena Menyambut Hari Keputeraan Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang yang ke- 25.         YH. Pegawai Daerah Bera menerusi ucapan beliau pada program berkenaan  berharap aktiviti ini dapat menjadi tauladan dalam mendidik warga Bera terutama masyarakat  sekitar supaya menjaga alam sekitar lebih-lebih lagi Hutan Simpan sebagai teras eko-sistem bagi mengekalkan khazanah flora dan fauna untuk generasi akan  datang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 37 kali.


Kembali ke Atas