Berita

Kemeriahan Majlis Sambutan Aidilfitri 1439 Hijrah/ 2018 Masihi Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang Bersama-sama Warga Bera

editor

Bera, 22 Jun 2018 - Tanpa menghiraukan keadaan cuaca hujan, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat berpusu-pusu hadir ke Padang Awam Kg. Bohor Baru, Bera bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439H/ 2018 Masihi Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang Bersama-sama Warga Bera pada 22 Jun 2018 yang lalu. Majlis yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang turut diserikan dengan kehadiran Cik Puan Muda Pahang.

Kehadiran orang ramai yang dianggarkan seramai hampir 3000 orang dihiburkan dengan persembahan artis tempatan dan juga artis terkenal tanah air. Artis dan Penggiat Seni Negeri Pahang, Roslan Madun telah mempersembahkan skesta berkonsepkan Pahlawan Melayu Pahang. 'Pahlawan-pahlawan' berkenaan telah mengiringi rombongan Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang sejurus berangkat tiba. Aliff Satar, Black Mentor dan Wani Hasrita turut menceriakan majlis dengan persembahan nyanyian lagu popular serta lagu raya. 

               Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Negeri Pahang merangkap ADUN Kawasan Guai, Datuk Seri Norol Azali bin Sulaiman dalam ucapan  penuh hormat mengalu-alukan kedatangan rombongan Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang serta para hadirin.

              Dengan rasa berbesar hati Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang berharap agar majlis yang penuh gemilang ini menjadi pemangkin bagi merapatkan hubungan Silaturahim di antara Pembesar Istana serta Pentadbir Negeri dengan masyarakat tanpa mengira status dan fahaman politik.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 66 kali.


Kembali ke Atas