Berita

Lawatan Ke Kolej Komuniti Bera Sempena Program Minggu Sains Negara 2018

editor

Bera, 10 April - Pejabat Daerah dan Tanah Bera telah mengadakan Program Lawatan Ke Kolej Komuniti Bera Sempena Program Minggu Sains Negara 2018 hari ini.

Seramai 30 peserta telah hadir dalam program tersebut. Turut hadir Pengarah Kolej Komuniti Bera, Encik Ahmad Arman bin Nor Anuar, Ketua Penolong Pegawai Daerah (KPPD) Pejabat Daerah , Encik Zukhairi bin Arun dan warga Kolej Komuniti Bera.

Pelbagai pengisian telah dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan bagi pembangunan modal insan dan membudayakan STI di kalangan rakyat MAlaysia di samping sebagai platform bagi mengiktiraf sumbangan sains, ahli akademik dan individu yang terlibat dalam mempromosikan sains kepada semua lapisan masyarakat.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 64 kali.


Kembali ke Atas