Berita

Lawatan Ke Tempat Kejadian Rumah Dihempap Pokok

editor

BERA ,  27 April 2021- Lawatan ke tempat kejadian rumah dihempap pokok disebabkan oleh angin ribut di Felda Sebertak oleh Encik Yamin Hafiz bin Yusof, Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Pejabat Daerah dan Tanah Bera mewakili  Pegawai Daerah Bera.

Kejadian bencana berlaku pada 26 April 2021 jam 5.30 petang melibatkan satu buah rumah dengan bilangan mangsa seramai 4 orang (1 keluarga). Rumah mangsa telah mengalami kerosakan akibat dihempap pokok, walaubagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Sumbangan berupa tunai daripada Tabung Bantuan Bencana Daerah dan Kit Bantuan Bencana serta beberapa keperluan asas telah disampaikan kepada mangsa. Lawatan turut dihadiri oleh wakil Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bera dan Penghulu Mukim Bera 1.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 12 kali.


Kembali ke Atas