Berita

Lawatan Kerja PM di Daerah Bera

editor

Bera, 2 April - Seramai lebih 10,000 orang telah membanjiri Padang Awam Felda Kumai bagi menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib tiba kira-kira 9.30 pagi untuk merealisasikan Program Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri ke Daerah Bera dan Majlis Pelancaran Model Baharu Lot Perumahan Generasi Baharu Felda.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad dan Pegawai Daerah Bera, Dato' Razihan Adzharuddin serta pemimpin tempatan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 63 kali.


Kembali ke Atas