Berita

Lawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan) ke (PKOB) Daerah Bera dan (PPS) mangsa banjir di Daerah Bera.

editor

BERA, 12 JANUARI 2021 – Lawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan), YH. Dato' Dr. Mohd Zakaria bin Ibrahim ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Bera dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di daerah Bera pada 12 Januari 2021 jam 12.30 tengahari. Lawatan ke PPS bermula dari Pangkalan Bot di Bera Waterfront ke PPS Surau Kg. Puchong Batu Bor, PPS Masjid Kuala Bera, PPS Dewan Kg. Batu Papan, PPS SK Batu Papan dan berakhir di PPS SK Bukit Gemuruh. 

Lawatan YH. Dato’ TSUK diiringi oleh YH. Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif@ Ahmat, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah, Ketua Unit Hal Ehwal Orang Asli, Tuan Nik Mohd Azrul bin Abdul Ghafar, Ketua Penolong Pegawai Daerah Bera, Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Pahang serta turut diiringi oleh Ketua Polis Daerah Bera, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Bera, Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Bera dan Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Bera.

Lawatan berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan berakhir sekitar jam 6.15 petang

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 79 kali.


Kembali ke Atas