Berita

MAJLIS PENYERAHAN RUMAH RAKYAT PAHANG (RRP) BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI GUAI, DAERAH BERA

editor

BERA - 01 April 2021, Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Bagi Dewan Undangan Negeri Guai, Daerah Bera telah berlangsung pada 01 April 2021 bermula jam 9.00 pagi bertempat di dua buah lokasi iaitu di Kampung Mengkarak dan Kampung Paya Tateh, Sri Buntar.

RRP adalah projek perumahan yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan diberikan secara percuma kepada mereka yang layak khususnya golongan B40. Ia juga bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri.

YB Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang Merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai telah menyampaikan penyerahan kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Dun Guai bagi penerima di Kampung Mengkarak iaitu Puan Zaety binti Jaafar serta di Kampung Paya Tateh, Sri Buntar iaitu Encik Mohammed Ramli bin Makmor dan Puan Asmah binti Hussin.

Majlis turut dihadir oleh YH Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera, Pegawai – Pegawai Kanan Pejabat Daerah Dan Tanah Bera, Penghulu Mukim Triang 1 & Penghulu Mukim Triang 2 serta Pengerusi JKKK Kampung Mengkarak dan Pengerusi JKKK Sri Buntar.

Majlis telah berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan berakhir sekitar jam 10.30 pagi.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 4 kali.


Kembali ke Atas