Berita

Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Bagi Parlimen Bera

editor


BERA ,  19 April 2021- Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi Parlimen Bera telah berlangsung pada 19 April 2021 jam 5.00 petang bertempat di Kampung Charuk Puting.

RRP adalah projek perumahan yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan diberikan secara percuma kepada mereka yang layak khususnya golongan B40. Ia juga bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri.

Penyerahan kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi Parlimen Bera telah disampaikan oleh YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera kepada penerima di Kampung Charuk Puting iaitu Puan Rohani binti Abdullah.

Majlis turut dihadiri oleh YH Dato' Sabariah binti Saidan, wakil pejabat Ahli Parlimen Bera, Pegawai Pertanian Daerah Bera, Penghulu Mukim Bera 2, dan Setiausaha JKKK Kampung Charuk Puting.

Majlis telah berlangsung dengan suasana sederhana dan berakhir sekitar jam 5.30 petang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 7 kali.


Kembali ke Atas