Berita

Majlis Perasmian Bengkel Pemerkasaan Adat Istiadat Orang Asli Semelai Daerah Bera

editor

BERA, 21 NOVEMBER 2020 - Majlis Perasmian Bengkel Pemerkasaan Adat Istiadat Orang Asli Semelai Daerah Bera telah berlangsung pada 21 November 2020 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Ibam, Daerah Bera.

Majlis ini diadakan untuk merasmikan Bengkel Pemerkasaan Adat Istiadat Orang Asli Semelai Daerah Bera bagi tujuan mendokumentasikan Adat dan Resam Suku Kaum Semelai.

Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Bera, Tuan Mohd Khuzaidi bin Harun. Majlis turut dihadiri oleh Pegawai JAKOA Daerah Bera, Ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil Ketua Jabatan Daerah Bera, Tok Batin-Tok Batin di daerah Bera serta masyarakat Orang Asli setempat di Kampung Ibam.

Majlis berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan berakhir sekitar jam 11.00 pagi.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 26 kali.


Kembali ke Atas