Berita

Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Daerah Bera

editor

BERA, 22 FEBRUARI 2021 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Daerah Bera telah berlangsung pada 22 Februari 2021 jam 2.30 petang bertempat di Dewan Cemerlang, Majlis Daerah Bera.

Majlis ini diadakan bagi penyerahan tugas kepada Pegawai Daerah Bera yang baharu iaitu YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif @ Ahmat.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai dan turut dihadiri oleh YH Dato' Mohd Zakaria bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan), YB Dato' Mohd Fadil bin Osman, Ahli Dewan Negeri Kawasan Kemayan, dan Tuan Mohd Khuzaidi bin Harun, Mantan Pegawai Daerah Bera.

Tetamu jemputan terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan Kerajaan di Daerah Bera, wakil-wakil Ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Pegawai-pegawai Kanan Majlis Daerah Bera, dan Penghulu-penghulu di Daerah Bera.

Majlis telah berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan berakhir sekitar jam 4.30 petang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 86 kali.


Kembali ke Atas