Berita

Majlis Sumbangan Bantuan Khas Banjir Kerajaan Negeri Pahang Daerah Bera

editor

BERA, 06 Mac 2021 - Majlis Sumbangan Bantuan Khas Banjir Kerajaan Negeri Pahang Daerah Bera telah berlangsung pada 06 Mac 2021 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Majlis Daerah Bera, Padang Luas.

Majlis ini diadakan bagi pemberian sumbangan bantuan khas banjir Kerajaan Negeri Pahang kepada penduduk di kawasan Kampung Kerayong, Daerah Bera yang terjejas akibat bencana banjir pada awal tahun baru-baru ini. Sumbangan telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Bera.
Majlis turut dihadiri oleh YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai dan Encik Nik Mohd Azrul bin Abdul Ghafar, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) mewakili Pegawai Daerah Bera. Tetamu jemputan terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan Jawatankuasa Induk Pengurusan Bencana Banjir Daerah Bera, Penghulu-penghulu di Daerah Bera dan Pengerusi JKKK Kg. Kerayong.
Majlis telah berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan berakhir sekitar jam 11.00 pagi.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 6 kali.


Kembali ke Atas