Berita

Majlis Undian Lot Peserta Projek Bohor Bharu 1 & 2 FELCRA Berhad di Dewan Orang Ramai Kampung Bohor Bharu.

editor

BERA, 12 April 2021 - Majlis Undian Lot Peserta Projek Bohor Bharu 1 & 2 FELCRA Berhad telah berlangsung pada 12 April 2021 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Bohor Bharu.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai.

Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Nor Zahari bin Zakaria, Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Pahang, Encik Nik Mohd Azrul bin Nik Abdul Ghafar, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Encik Ahmad Khaidirr bin Ismail, Pengurus Kawasan FELCRA Bohor Bharu, Encik Wan Ahmad Fakarudin bin Wan Kamaruddin, Penghulu Mukim Bera 2, kakitangan FELCRA serta kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bera.

Majlis telah berlangsung mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan berakhir sekitar jam 12.00 tengahari.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 12 kali.


Kembali ke Atas