Berita

Pembayaran Cukai Tanah Bagi Kutipan Luar Tahun 2019

editor

Bera, 2 April - Pembayaran Cukai Tanah Bagi Kutipan Luar Tahun 2019 telah bermula pada 1 April 2019 bertempat di Felda Tementi.
Di ikuti Pejabat Felda Mengkuang pada 2 April dan Felda Tembangau 2 pada 3 April. Tujuan kutipan ini dibuat adalah bagi memudahkan pemilik tanah untuk membuat pembayaran  cukai tanpa perlu hadir ke pejabat tanah serta menggalakkan pemilik tanah untuk membayar cukai. Ia juga dapat memudahkan pemilik tanah untuk mendapatkn maklumat terkini. Kutipan Luar ini akan berakhir pada 11 April 2019 di Felda Bukit Mendi manakala tarikh akhir pembayaran cukai semasa adalah 31 Mei pada setiap tahun.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 33 kali.


Kembali ke Atas