Berita

Perintah Kawalan Pergerakan Secara Bersasar (TEMCO)

editor

Bera, 22 Mei 2021 - Usai Mesyuarat Task Force COVID-19 Daerah Bera, YH. Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat , Pegawai Daerah Bera bersama pasukan keselamatan dan jabatan teknikal telah mengadakan lawatan bagi melihat pelaksanaan Sekatan Jalan Raya di daerah Bera. JK Pengurusan Bencana Daerah telah memutuskan utk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Secara Bersyarat (TEMCO) bagi kawasan Felda Bukit Mendi dan Felda Bukit Puchong. Pelaksanaan ini yang bermula pada 22/5/2021 sehingga 26/5/2021 adalah bagi mengekang penularan COVID-19 di daerah Bera. Orang awam diminta utk mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa. Sama-sama kita hapuskan COVID-19.
#kitajagakita

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 8 kali.


Kembali ke Atas