Berita

Program Derma Darah Anjurkan Pejabat Daerah dan Tanah Bera dengan kerjasama Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS)

editor

BERA, 13 OKTOBER 2020 - Program Derma Darah telah diadakan di Lobi Pejabat Daerah dan Tanah Bera bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Program dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Bera dengan kerjasama Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS), Pahang.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Daerah Bera yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Daerah sendiri, jabatan lain dan orang awam. Seramai 45 orang telah menderma darah dalam program ini .Program ini diadakan bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi dan berada pada paras yang selamat.

Darah yang didermakan dapat menyelamatkan nyawa, membantu pesakit yang memerlukan darah seperti mangsa kemalangan, pesakit thalassemia, pesakit yang menjalani pembedahan dan sebagainya.

Terdapat beberapa kebaikan kepada mereka yang menderma darah. Antaranya ialah penderma boleh mengetahui jenis darah mereka, tahap tekanan darah dan kandungan hemoglobin. Penderma juga dapat merasakan badan mereka lebih sihat kerana darah yang baru dan segar akan dihasilkan. Bagi memastikan darah yang diderma selamat digunakan, darah yang didermakan akan diuji untuk mengesan jangkitan Hepatitis B dan C, HIV dan Sifilis.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 10 kali.


Kembali ke Atas