Berita

Program Imunisasi COVID -19 Fasa 1 Hari Kedua

editor

BERA, 02 MAC 2021 - Program Imunisasi COVID -19 Fasa 1 hari kedua telah berlangsung pada jam 10.00 pagi di Klinik Kesihatan Padang Luas, Daerah Bera.

Pemberian vaksin pada hari ini turut diterima oleh Ahli Jawatankuasa Task Force COVID-19 yang bertanggungjawab menguruskan pandemik COVID-19 di Daerah Bera.

Program ini turut dihadiri oleh YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang Merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai bagi melihat proses pemberian vaksin di Daerah Bera.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran oleh para penerima vaksin dan penyampaian taklimat oleh Dr. Viknaswaran Kumaran, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Padang Luas.

Pemberian vaksin COVID-19 Fasa 1 ini juga dilaksanakan di Klinik Kesihatan Triang dan Klinik Kesihatan Purun.

Program telah berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan berakhir pada jam 11.00 pagi.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 25 kali.


Kembali ke Atas