Berita

Program Perhimpunan Pagi Penjawat Awam Negeri Pahang Peringkat Daerah Bera

editor

BERA, 3 Julai 2018 -   Perhimpunan yang dikelokakan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang ini telah diadakan serentak di setiap daerah di negeri ini bermula pada jam 8.00 pagi.

                 Yang Hormat Dato' Razihan bin Adzharuddin selaku Pegawai Daerah Bera telah menerajui program ini bagi Peringkat Daerah Bera bersama-sama Ketua - ketua Jabatan, wakil Ketua Jabatan serta Kakitangan  Jabatan Daerah Bera. Perhimpunan berkenaan telah diadakan di Lobi Pejabat Daerah dan Tanah Bera.    

                  Sebelum penyampaian ucapan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang disiarkan secara lintas langsung menerusi laman Facebook (FB) Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, program terlebih dahulu dimulai dengan acara nyayian iaitu nyanyian Lagu ‘Negaraku’, Lagu ‘Allah Selamatkan Sultan Kami’ dan Lagu ‘Perkhidmatan Awam’. Seterusnya adalah bacaan doa oleh Pegawai Agama Islam Negeri Pahang yang sama-sama dihayati oleh semua peserta yang beragama Islam.

             Dianggarkan seramai 200 orang telah menyertai program berkenaan bagi mendengar ucapan serta amanat oleh  Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada pagi tersebut.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 78 kali.


Kembali ke Atas