Berita

'Sekatan Jalan Raya' Oleh Ketua Polis Daerah Bera Sempena Program Merdeka@Komuniti Dan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2018 Peringkat Daerah Bera

editor

BERA, 31 Ogos -  Baru-baru ini Pejabat Penerangan Daerah Bera selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan & Kibar telah menganjurkan Program Merdeka@Komuniti dan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2018 Peringkat Daerah Bera.

Program yang bertempat di Laman Kerayong, Majlis Daerah Bera ini telah disertai oleh Ketua Jabatan, wakil Ketua Jabatan dan Badan Bukan Kerajaan serta masyarakat sekitar daerah ini. Antara pemimpin masyarakat yang turut hadir memeriahkan sambutan tersebut adalah Yang Berhormat Cik Leong Yu Man, ADUN Kawasan Triang.

              Acara program telah dimulai dengan nyayian lagu-lagu patriotik serta bacaan sajak kemerdekaan. Setelah selesai ucapan alu-aluan oleh YH. Pegawai Daerah Bera, Encik Mohd Salmun bin Mustafa selaku Pengarah Penerangan Negeri Pahang pula memberikan ucapan perasmian sebelum acara gimik penyerahan bendera kepada peserta yang merupakan simbolik Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2018.

             Beliau bersama-sama dengan Ketua Polis Daerah Bera serta ADUN Kawasan Triang telah 'menahan' kenderaan orang ramai yang menggunakan jalan Temerloh-Triang bagi tujuan gimik peletakkan bendera Jalur Gemilang sebelum pelepasan kenderaan peserta konvoi dilakukan. 

              Sebanyak 11 buah kenderaan pacuan empat roda jabatan dan agensi kerajaan serta persatuan dari daerah ini telah menyertai konvoi program berkenaan. Konvoi tersebut akan menjelajah sekolah yang terpilih di sekitar daerah Bera bagi menyatakan semangat kemerdekaan dan cintakan tanah air.              Kenderaan Jabatan Kerja Raya Daerah Bera telah dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori kenderaan tercantik konvoi program berkenaan pada Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2018 Peringkat  Daerah Bera

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 53 kali.


Kembali ke Atas