Berita

Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada

editor

Bera, 29 April - Pemerintah Negeri Pahang yakni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menyantuni Rakyat Negeri ini dalam Majlis Ramah Mesra Bersama-sama Rakyat Daerah Bera. Program yang bertempat di Perkarangan Majlis Daerah Bera ini merupakan kesinambungan Siri Lawatan Kerja Tuanku ke seluruh pelusuk negeri Pahang telah dihadiri ribuan masyarakat. 

Baginda akan setia bersama-sama masyarakat negeri ini sehingga ke akhirnya. Sempena Ramadan yang akan tiba, Tuanku menyeru kepada rakyat agar tidak mengamalkan sifat pembaziran dalam bulan yang penuh keberkatan ini di samping menginsafi diri dengan menghayati perjalanan hidup golongan yang kurang upaya serta  golongan yang kurang berkemampuan. Baginda juga menyeru agar rakyat sentiasa mengasihi dan menghulurkan bantuan kepada golongan berkenaan lebih-lebih lagi asnaf, “ titahnya.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 21 kali.


Kembali ke Atas