Berita

Kerajaan BN terbaik buat masyarakat Cina

editor

BERA 10 Feb. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah terbaik untuk masyarakat berbilang kaum termasuk masyarakat Cina yang menerima pelbagai bantuan dan inisiatif berterusan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, di negara ini, masyakat Cina bebas mengamalkan budaya masing-masing malah boleh merebut pelbagai peluang yang ada.

“Kalau di negara lain seperti Indonesia, nama pun guna nama Jawa malah di Thailand dan Vietnam semua rakyatnya kena bertutur dalam bahasa negara itu.

“Jadi, jangan kita fikir pembangkang lebih baik kerana kerajaan hari ini lebih baik untuk rakyat Malaysia dan masyarakat Cina perlu kembali memberikan sokongan penuh kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2018 Parlimen Bera di Dewan Rakan Muda Bera di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/kerajaan-bn-terbaik-buat-masyarakat-cina-1.606412#ixzz56rVlYPua 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 82 kali.


Kembali ke Atas