Tasek Bera

Tasek Bera

Pengenalan

  • Terletak di selatan barat daya Pahang di tengah-tengah banjaran gunung utama Semenanjung Malaysia.
  • Tasek semulajadi seluas 35 kilometer panjang dan 20 kilometer lebar yang mengalir ke sungai Pahang melalui sungai bera merupakan saliran utama air ke utara . Tasek Bera kekal sebagai kawasan tanah lembap liar yang unggul dan terpencil.
  • Ia merupakan satu system ekologi yang menampung pelbagai jenis hidupan liar dan tumbuhan serta menyara kehidupan kaum semelai orang asli yang mendiami kawasan tanah lembap ini.
  • Tasek bera juga memainkan peranan penting dalam mengawal banjir, mengatur pengaliran dan pembersihan air serta membekalkan pelbagai sumber asli bagi masyarakat.

Tarikan Tasek Bera

  • Selama lebih 600 tahun, Semelai- satu daripada puak Orang Asli- telah menghuni sekitar Tasik Bera dan bergantung kepada sumber-sumber semulajadi.
  • Habitat yang unik dan pelbagai yang menampung sehingga 374 spesies tumbuhan, 94 spesies ikan, 230 spesies burung, 67 spesies mamalia dan lain-lain lagi.

Persona Lake Resort

  • Persona Lake Resort menawarkan pelbagai chalet, bilik mewah dan asrama. Selain daripada kemudahan asas dan ‘coffee house’ tetamu boleh melakukan aktiviti kayak dan trekking hutan bersama pemandu.
  • Pejabat Pengurusan Ramsar Tasek Bera mempunyai pusat pelawat berhampiran resort dan menjalankan taklimat dan pameran mengenai tapak Ramsar Tasek Bera.

Pertunjukkan Kebudayaan Dan Kraftangan

  • Kraftangan Semelai dianggap lebih hebat berbanding kumpulan lain masyarakat Orang Asli di Malaysia.
  • Tukang-tukang yang mahir akan menunjukkan bagaimana mereka membuat peralatan muzik tradisional, perangkap haiwan, peralatan kebun serta model rumah-rumah Semelai.
  • Kaum wanita Semelai menenun daun mengkuang untuk menjadikannya bakul, tikar, topi, dan dompet yang cantik.
  • Para pelawat juga boleh ikut serta dengan penduduk kampong menari tarian tradisional ‘Sewang’.

Tarikh Kemaskini: 22/09/2020 10:40:02

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 4458 kali.


Kembali ke Atas