Hutan Lipur Bukit Bertangga

Hutan Lipur Bukit Bertangga

Hutan Lipur Bukit Bertangga terletak di Hutan Simpan Chini yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Tarikan kawasan ini mempunyai pelbagai bentuk rupabumi; tanah rata,cerun, bukit, batu-batu besar, batu-batu berlapis, air terjun serta sungai yang mengalir dicelah-celah batu. Di samping keindahan semula jadi ini, terdapat juga beranika tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada Hutan Dipterokarp Pamah, pokok-pokok renek, pepanjat, palma, paku, lumut, pandan air dan lain-lain.

Terdapat dua kawasan air terjun yang mempunyai ketinggian 30 meter dan 20 meter. Kemudahan yang disediakan adalah seperti jalan masuk, pondok rehat, tong sampah, jambatan kayu dan tapak perkhemahan. Beberapa aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah dan berkhemah. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri teksi dari Pekan Maran.

Lokasi: Felda, Kumai, Pahang
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera,
28000 Temerloh, Pahang.
Tel. : 09-2962755

Terletak 36 km dari Felda Kumai, 190 km dari Bandar Kuantan. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Maran atau Bandar Kuantan.


Tarikh Kemaskini: 22/09/2020 10:40:02

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 1405 kali.


Kembali ke Atas