Berita
Agihan Bantuan Prihatin Pahang COVID-19 Kerajaan Negeri Pahang
BERA, 07 Jun 2021 - Agihan Bantuan Prihatin Pahang COVID-19 Kerajaan Negeri Pahang telah berlangsung pada 7 Jun 2021 bermula jam 9.00 pagi bertempat di Majlis Daerah Bera.
Agihan bantuan ini diadakan bagi menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang COVID-19 Kerajaan Negeri Pahang kepada golongan penjaja dan pemandu teksi berdaftar di daerah Bera. Sumbangan telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai. Agihan bantuan turut diiringi oleh YH Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera.
Agihan bantuan ini telah dilaksanakan secara pandu lalu di perkarangan Majlis Daerah Bera dan berdasarkan temujanji mengikut sesi. Seramai 400 orang penjaja dan pemandu teksi telah menerima bantuan pada hari ini.
Agihan bantuan telah berlangsung dengan suasana sederhana mengikut SOP dan norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan berakhir sekitar jam 4.00 petang.
Kembali ke Atas