Berita
Ahli D'LORA Tawan Bukit Senorang
BERA, 17 OKTOBER 2020 - Ahli Kelab D'lora Pejabat Daerah Dan Tanah Bera dengan kerjasama daripada JKKK Dato' Sri Hamzah, Kemayan, Bera, Pahang telah mengadakan program Mendaki Bukit Senorang. Program tersebut telah diadakan pada 17 September yang lalu di Bukit Senorang, Kemayan bermula jam 6.30 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 pagi. Seramai 75 orang peserta termasuk Pegawai Daerah Bera, Tuan Mohd Khuzaidi bin Harun telah terlibat dalam menjayakan misi menawan bukit tersebut yang berketinggian 326 Meter.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 210 kali.
Kembali ke Atas