Berita

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Dan Majlis Apresiasi 2022 Pejabat Daerah dan Tanah Bera

editor

BERA, 30 MEI 2022 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Majlis Apresiasi 2022 Pejabat Daerah dan Tanah Bera telah diadakan pada 30 Mei 2022 (Isnin) jam 8.00 malam di Dewan Sri Kempas, IPD Bera.

Ketibaan YH Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera telah disambut dengan persembahan silat oleh kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bera.

Majlis ini diadakan bagi menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada kakitangan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan pada tahun 2021. Seramai 9 orang kakitangan telah menerima anugerah ini dan diucapkan tahniah kepada semua penerima.
Seramai 6 orang kakitangan telah menerima Anugerah Pekerja Contoh bagi tahun 2021 yang mana anugerah ini merupakan anugerah khas yang diberikan oleh Pegawai Daerah Bera. Tahniah juga diucapkan kepada semua penerima. Majlis ini juga turut meraikan kakitangan yang telah bersara dan kakitangan bertukar keluar pada tahun ini.
Majlis ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bera. Majlis berakhir sekitar jam 10.30 malam.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 144 kali.


Kembali ke Atas