Berita
Jamuan Hari Raya Aidilfitri Daerah Bera 1443 Hijrah
BERA, 29 MEI 2022 - Jamuan Hari Raya Aidilfitri Daerah Bera 1443 Hijrah telah diadakan pada 29 Mei 2022 (Ahad) bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, Pahang.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan bercemar duli berangkat ke Daerah Bera sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri Daerah Bera 1443 Hijrah.
Keberangkatan tiba Baginda dimulakan dengan bacaan doa dan persembahan ucapan oleh YB Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Guai.
Baginda berkenan bersantap di dalam majlis ini serta turut menyantuni dan mengurniakan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir memeriahkan majlis ini. Baginda juga bercemar duli meluangkan masa melawat ke gerai-gerai makanan serta menyantuni para tetamu yang hadir sebelum berangkat pulang.
Turut bersama Baginda dalam majlis ini adalah YH Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera; YDH CP Dato’ Ramli bin Mohamed Yoosuf, Ketua Polis Pahang; YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; serta Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, YDH Orang Kaya Indera Pahlawan.
Kembali ke Atas