Berita
Keberangkatan Kdymm Pemangku Raja Pahang Ziarah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Bera
BERA, 23 DISEMBER 2021 - Keberangkatan KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir untuk mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah Bera pada 23 Disember 2021 bermula jam 4.30 petang.
Ketibaan KDYMM Pemangku Raja Pahang telah disambut oleh YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera, Supt. Haji Mansor bin Samsudin, Ketua Polis Daerah Bera dan Tuan Mohd Azizi bin Abdul Azizi, Al-Fadhil Qadhi Daerah Bera di Padang Majlis Daerah Bera.
Baginda selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu telah berkenan mengurniakan sumbangan daripada MUIP kepada mangsa-mangsa banjir di PPS bagi meringankan beban mereka yang ditimpa bencana banjir.
Baginda telah berkenan bercemar duli menziarahi mangsa-mangsa banjir di 4 buah PPS iaitu PPS SK Kerayong, PPS SK Kerayong Jaya, PPS SMK Bandar Kerayong, dan PPS SK Sri Buntar.
Baginda berangkat lepas dari Padang Majlis Daerah Bera sekitar jam 6.30 petang.
Kembali ke Atas