Berita

KEBERANGKATAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE TAKLIMAT OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT MANGSA LEMAS DI SUNGAI PAHANG, KG. BOHOR BARU, BERA.

editor

BERA, 31 OGOS 2021 - KDYMM Seri Paduka Baginda YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berangkat tiba ke taklimat Operasi Mencari dan Menyelamat Mangsa Lemas di Sungai Pahang, Kg. Bohor Baru pada jam 4.00 petang.

Baginda telah berkenan untuk mendengar persembahan taklimat oleh YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera. Mangsa merupakan seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang sedang menjalani latihan penyusupan Eks Para Predator Siri 1/2021 di Kg. Bohor Baru. Pada 29 Ogos 2021, mangsa hilang dalam air ketika sedang menjalani latihan River Crossing.

Sesi taklimat diteruskan dengan taklimat kejadian yang telah dipersembahkan oleh Panglima 10 Briged PARA dan disusuli dengan persembahan taklimat Operasi Mencari & Menyelamat oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang.

Kemudian, Baginda turut berkenan untuk membuat tinjauan di kawasan kejadian mangsa dilaporkan hilang.

Operasi Mencari dan Menyelamat masih diteruskan dengan bantuan agensi-agensi penyelamat iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, PDRM, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 9 kali.


Kembali ke Atas