Berita

Kesedaran Memelihara Dan Memulihara Hutan Simpan Tasek Bera (RAMSAR) Menerusi Program Go Green With SASET Daerah Bera

editor

BERA, 23 Sept -  Program Go Green with SASET yang diadakan baru-baru ini di Hutan Simpan Tasek Bera (RAMSAR) berdekatan dengan Ladang FGV Tembangau 8, Bera telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada masyarakat sekitar kawasan berhampiran disamping turut disertai Jabatan dan Agensi di daerah ini. Program anjuran Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET) melalui kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang ini berlangsung selama dua hari berturut-turut bermula pada 22 hingga 23 September 2018. 

                Sebanyak lebih kurang 5,000 batang anak pokok spesis hutan telah ditanam oleh para peserta program di sekitar kawasan yang telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.   Aktiviti penanaman pokok ini adalah bagi memastikan keseimbangan eko-sistem kawasan berkenaan yang mempunyai kepelbagaian flora dan fauna sebagai khazanah penting negara.

                 Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang bersama-sama Pegawai Daerah Bera serta tetamu kehormat yang lain turut serta dalam gimik penanaman pokok  untuk simbolik menyempurnakan program ini. Beliau berharap kempen penaman pokok tersebut menjadi pemangkin kepada masyarakat agar menghargai hutan simpan dengan meningkatkan tahap kesedaran memelihara dan memulihara khazanah berharga ini.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 166 kali.


Kembali ke Atas