Berita
Kursus Pengurusan Jenazah Kelab D’LORA Bagi Tahun 2023/1444H
Seramai 40 ahli Kelab D’lora telah terlibat dalam Kursus Pengurusan Jenazah yang dikendalikan oleh Biro Kerohanian D’lora bertempat di Masjid Darul Fikri, Daerah Bera pada 21 Mac 2023 bersamaan 28 Sya’ban 1444H.
Program ini menjemput penceramah iaitu Ustaz Mohd Yuseri bin Itam, Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Pahang dan Ustazah Zuazrah binti Mahat, Exco Perhubungan dan Kebajikan Pusat, Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia.
Tujuan program ini adalah untuk memberikan pendedahan berkaitan ilmu fardhu kifayah dalam pengurusan jenazah selain berupaya mendatangkan rasa keinsafan kepada peserta program agar sentiasa mengingati kematian.
Program meliputi penerangan teori dan latihan praktikal bermula daripada pengurusan jenazah diawal kematian, memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, cara solat jenazah dan mengebumikan jenazah.
Kembali ke Atas