Berita

LAWATAN KERJA YAB MENTERI BESAR PAHANG DATO' SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL DAN YB TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ MENTERI KEWANGAN MALAYSIA KE TASEK BERA, DAERAH BERA

editor

BERA, 02 OKTOBER 2021 - Lawatan Kerja YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail dan YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan Malaysia ke Tasek Bera, Daerah Bera telah diadakan pada 2 Oktober 2021 jam 3.45 petang.

Ketibaan YAB Menteri Besar Pahang dan YB Menteri Kewangan Malaysia telah disambut oleh YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang serta YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat di Padang Bola, Ladang FGV Bera Selatan 2.

Lawatan kerja dimulakan dengan tinjauan di kawasan sekitar Tasek Bera Resort. Lawatan kerja diteruskan dengan beberapa siri taklimat iaitu taklimat oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah PERHILITAN dan taklimat oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang telah disampaikan oleh Pengarah JAKOA Negeri Pahang.

Setelah selesai lawatan kerja di Tasek Bera Resort, YAB Menteri Besar Pahang dan YB Menteri Kewangan Malaysia bergerak ke Perkampungan Orang Asli di Kampung Limbahan di Jeti Sudin, Tasek Bera.

Ketibaan YAB Menteri Besar Pahang dan YB Menteri Kewangan telah disambut dengan sambutan tradisi masyarakat Orang Asli Kaum Semelai.

YAB Menteri Besar dan YB Menteri Kewangan berkesempatan melawat 'homestay' berhampiran Jeti Sudin yang telah dijadikan sebagai pusat kraf.

Kemudian, YB Menteri Kewangan telah menyampaikan sumbangan kepada 24 orang pelajar di Kampung Limbahan.

YAB Menteri Besar Pahang dan YB Menteri Kewangan juga berkesempatan melawat Jeti Sudin, sangkar ikan dan melepaskan benih ikan ke dalam Tasek Bera.

Turut hadir bagi lawatan kerja ini adalah YB Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan 1. Lawatan kerja ini telah berakhir sekitar jam 5.45 petang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 145 kali.


Kembali ke Atas