Berita
LAWATAN KERJA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA KE DAERAH BERA
BERA, 28 OGOS 2021 - Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob ke daerah Bera sempena Eksesais Para Predator Siri 1/2021 Angkatan Tentera Malaysia di Kampung Batu Bor.
Eksesais/ Latihan Formasi 10 Briged (Para) merupakan elemen utama dalam Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) Angkatan Tentera Malaysia dalam melaksanakan peranan dan tugas menyelamat serta mempertahankan kawasan daripada serangan musuh negara.
Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh YH Dato’ Zaman Azam bin Mohamad Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera, Leftenan Kolonel Haji Ayob bin Yahya, Pegawai Rejimen Ke-34 Artileri Diraja Kem Bera, DSP Tuan Haji Mansor bin Haji Samsudin, Ketua Polis Daerah Bera, dan Dr. Azuwa bin Haji Arif, Pegawai Kesihatan Daerah Bera.
YAB Perdana Menteri meneruskan lawatan kerja ke Masjid Kuala Bera bagi menyampaikan sumbangan dan bantuan bakul makanan kepada setiap wakil Cawangan Kampung di kawasan Kuala Bera.
Seterusnya YAB Perdana Menteri turut berkesempatan menyampaikan sumbangan dan bantuan bakul makanan kepada setiap wakil Cawangan Kampung di kawasan Kuala Triang di Masjid Kuala Triang.
Lawatan kerja ini berakhir sekitar jam 3.00 petang.
Kembali ke Atas