Berita
LAWATAN KERJA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA KE DAERAH BERA
BERA, 17 OKTOBER 2021 - Lawatan Kerja YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke Daerah Bera telah diadakan pada 17 Oktober 2021 bermula jam 9.30 pagi.
Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia telah disambut oleh YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera, serta Tuan Mohammad Rosli bin Abdul Rahman, Pengarah Pendidikan Negeri Pahang di Padang SMK Bandar 32.
Lawatan kerja bermula di Dewan SMK Bandar 32 bagi Majlis Penyampaian Peranti Komputer Program Cerdik KPM kepada Pelajar Parlimen Bera. Sumbangan peranti komputer ini adalah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jumlah penerima sumbangan peranti komputer bagi pelajar di daerah Bera adalah seramai 1,093 orang melibatkan pelajar dari 9 buah Sekolah Menengah (Tingkatan 3) dan 4 buah Sekolah Rendah (Tahun 4) di daerah Bera daripada kalangan keluarga B40.
Setelah selesai lawatan kerja di Dewan SMK Bandar 32, YAB Perdana Menteri Malaysia bergerak ke Dewan Kuarters PDRM Bera bagi menyempurnakan Upacara Pemakaian Pangkat Ketua Polis Daerah Bera dan Timbalan Ketua Polis Daerah Bera.
Turut hadir bagi Upacara Pemakaian Pangkat di Dewan Kuarters PDRM adalah YDH IG Dato' Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara dan YB Dato' Sri Dr. Hj. Ismail bin Hj. Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I.
Lawatan kerja ini telah berakhir sekitar jam 1.00 tengahari.
Kembali ke Atas