Berita
Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri Malaysia Ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir Daerah Bera
BERA, 21 DISEMBER 2021 - Lawatan Kerja YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir Daerah Bera pada 21 Disember 2021 di PPS Sekolah Kebangsaan Sri Buntar, Triang jam 4.30 petang.
YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob berkesempatan melawat mangsa-mangsa banjir di PPS SK Sri Buntar, Triang yang terdiri daripada kalangan penduduk terjejas banjir di kawasan Triang Maju, Perumahan Prima Jasmin, Paya Tatih dan bandar Triang.
Lawatan kerja YAB Perdana Menteri diteruskan ke PPS Masjid Mengkarak, PPS Sekolah Kebangsaan Kerayong, dan PPS Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya.
Jumlah PPS di daerah Bera yang telah dibuka sehingga 21 Disember 2021 jam 5.00 petang adalah sebanyak 18 buah PPS dengan jumlah mangsa seramai 1565 orang daripada 438 keluarga.
Turut serta bagi lawatan kerja ini adalah YH Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif@Ahmat, Pegawai Daerah Bera, Ketua Polis Daerah Bera, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Bera, Jurutera Daerah JKR Bera, Jurutera Daerah JPS Bera, Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Bera, dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bera.
Lawatan kerja ini telah berakhir sekitar jam 6.00 petang.
Kembali ke Atas