Berita

LAWATAN KERJA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE PARLIMEN BERA

editor

BERA, 1 Ogos 2021 – Lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Merangkap Ahli Parlimen Bera, YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob ke Projek Pembinaan Jambatan Guai.Projek pembinaan jambatan ini akan memberi manfaat kepada penduduk Kampung Seberang Guai dan kampung berdekatan kerana ia dapat memendekkan tempoh perjalanan. Perjalanan hanya akan mengambil masa selama 20 minit dari Kampung Guai ke Pusat Bandar Bera berbanding sekarang di mana tempoh perjalanan mengambil masa selama 1 jam 20 minit.Pembinaan jambatan ini akan memudahkan urusan penduduk di sekitar Kampung Guai, Charuk Puting dan Batu Bor ke pusat pentadbiran Daerah Bera tanpa melalui jalan yang jauh.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 124 kali.


Kembali ke Atas