Berita
LAWATAN KERJA YB MENTERI HAL EHWAL EKONOMI KE PARLIMEN BERA
BERA, 26 SEPTEMBER 2021 – Lawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed Ke Felda Bukit Puchong.
Lawatan YB Menteri bertujuan bagi mendengar permasalahan di peringkat akar umbi serta membuat tinjauan kerja menaiktaraf infrastruktur di beberapa kawasan sekitar Felda Bukit Puchong antaranya di Balai Raya dan Pembinaan Masjid Baru di kampung tersebut.
Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh YB Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai, Encik Yamin Hafiz bin Yusof, wakil Pegawai Daerah Bera, Ir. Hj. Mohd Faizarudin bin Hj. Mohd Noor, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Daerah Bera dan Ketua Kampung Felda Bukit Puchong
Kembali ke Atas